Alhamdulillah dengan berkat NYA aku dipilih bagi mewakili negeri PERAK dalam game bowling antara negeri bulan depan. Tanpa ku sangka dengan berkat kesungguhan aku berlatih tanpa mengira masa, waktu dan ketika, aku berjaya juga mendapat tempat dalam arena sukan ! Yehaa
Dan aku berasa bangga jika di label sebagai pro dalam sukan ini. Setiap hari akan berlatih di Ampang Bowl di Ipoh Parade dengan kesungguhan akhirnya membuah kan hasil.
Oleh itu marilah ramai-ramai kita dapat berkongsi kegembiraan yang aku alami sekarang..
Eeee tak sabarnya....
*
*
*
*
*
*
Ok tipu hehe jangan marah ahh. Gambar di bawah semua tiada kena mengena dengan tajuk di atas, cuma nak gempak kan cerita je, tapi main subjek dia tetap sama iaitu BOWLING !! Cuma kali ni lain sikit, aku pegi teman ayah aku pergi perlawanan bowling antara ketua-ketua kampung daerah Tapah. Aku pergi cuma jadi photographer deme je ni, dan menyebok-nyebokkan diri haha . .
1st round :
*sempat menggedik depan cermin sebab datang awai sangat, bowling pun tak bukak lagi ni tsk T__T
2 nd round :
*Ok keadaan sangat lapar, rasa nak TEROJAH je cafe dalam tu. CEPAT la pintu ni bukakkkkkkkkkkkkk !!!
3 rd round :
*posing dengan ayah tersayang jap :)
Last round :
*baju dah same dah, kan dah cakap 'LIKE FATHER LIKE DAUGHTER' tehee..
Akhirnya bapak ku dapat jugak tempat ke 5 dalam tournement tu *jadi la dari tak dapat kan kan kan.. ohoiii ramai yang join tuh dalam berpolohpoloh ye kak salemah oii..
Tahniah !
Bye. Buat measurement jap T_T
ZzzZzzzZzzZzZzz *cuti pun kene buat keje... adoiii
No comments:
Post a Comment