Thursday, August 18, 2011

Lets Talk About Fashion #1

Hai.




Jom main fashion-fashion? Eh macam main pompuan-pompuan pulak. Macam nak buat segmen baru pulak. Just nak share dengan uolzzz fashion apa yang saya minati and i adore it. Ok kalau bercakap tentang fashion, seriously memang aku terlalu taksub dengan korean or vintage style. Walaupun sangat kolot dalam ber'fashion' but keinginan dan ketaksuban tu sangatttttt tinggiiii. *tengok dompet jap. 
T____T




Keinginan memang sangat nak tinggi, nak beli tu lah, ini lah tapi duitnyaaa?? Enggak ada *orang indon cakap. So ape kata kita ber'fashion' tetapi tetap berbelanja dengan berhemah? Adakah anda faham maksud saya? Ouh tidak faham. Ok sila pergi ke bank yang berdekatan dan keluarkan duit anda sebanyak RM50. Lihat anda boleh beli apa dengan wang RM50?








Gojes tak dengan rambut ikal mayang gerbang menggerbang? Dengan mini t-shirt atau singlet then match dengan jeans atau short. Ouh tidak lupa dengan cardigans knit sangat sesuai untuk bersantai.Plus dengan cermin mata. Sangat sangat sangat gojesssssss. Ok paham. Ii's simple but perfect right? Tak perlu nak pakai baju ala-ala budak sekarang vintage la konon dengan match baju kaler biru, merah, kuning, ijo. Eh semua pun adalah. Macam nak pergi raya deepavali pulak. 





Then about the price, estimate disini..


(Cardigans)PDI : RM109. But now sale 50% dapat RM50+ je.
(Singlet or T-shirt): Espirit RM20, VOIR RM25 all price after sale weh!
(Jeans): M&G RM130, VOIR RM50+. Siapa cepat dia dapat
(Sunglasses) NOSE : RM35.




All price yang aku mention ni, aku estimate time shoping dekat Alamanda last week. Sangat affordable kan? Apa lagi. Kan dah cakap semua barang berjenama tapi harga sangat sangat lumayan! *berapa banyak sangat derr.. Ok time's up! Nak sambung kerja! 






BYE!
P/S : Eh tengah pikir nak pergi shopping mana this saturday?



Wednesday, August 17, 2011

WORDLESS WEDNESDAY ! #Alien

Hai.




Saya terkezut melihat gambar di dalam simpanan folder. Dah berkurun tapi semalam baru perasan. Ya Allah seramnyaaaaa. Cuba korang tengok. Adakah ia realiti ?












































Oppoocoottttttttmakhengkawwwww. ALIEN ? Ouh tidakkkkkkkk




OKBAI

Monday, August 15, 2011

Rahsia kulit licin di Hari Raya

Hai.




Bagus jugak muka buku ni, belek terbelek belek balik gambar lama, terjumpa gambar waktu semester last dekat politeknik. Time ni kitaorang ada tournament futsal antara kelab ukur bahan. Bajet senior hot hot la. Muka ganas ganas je *awwwww bunyi seriga. Tapi menang tempat ketiga je. Tuh je yang mampu nyah ! T__T




Nak cover muka yang hot *bajet senior weh! Mesti la before main tepek 6 inci bedak jepun macam tepung gomak, pastu letak blusher agar orang akan puji. "Eh, muka kau merah-merah lah. Licinnye.." Kalau sempat pakai lipgloss bila main bola budak lelaki tengok dekat tepi padang akan tertawan menawan dan diri akan terasa teruja sampai sepak bolaaaa........... GOLLLL *bukan bola masuk dalam jaring tapi kasut yang tertanggal ! OHH malunya -__- tobat nyahhh nak main futsal lagi.




Akibat kemaluan yang tidak tertanggung, dari saat ini aku takkan main futsal dengan kasut yang longgar lagi. Eh ade kene mengena ke?




Kenangan kau dan aku. Memperkenalkan kumpulan futsal yang sudah bersara.......

















Kumpulan
SEMUT HITAM
(bukan semut merah lagu dangdut untuk ke karaoke)

*Sungguh annoying nama kumpulan. Wei jangan nak gelak wei!!




Acu teka Acu teka teman yang mana? 
:')




Random : Eh tengok muka aku tak pakai ape-ape ok, still merah-merah walaupun lepas main berpeluh-perluh. Tak ada masa nak pakai foundation afer ke blusher ke. Natural beauty weh. Nak tahu rahsia nya? Tungguuuuuuu..

Friday, August 12, 2011

Registration at UTM ! - PART 2

Hai.




Sambungan kepada PART 1, hari ni nak menceritakan tentang kemeriahan dan keseronokan yang tak terhingga bila dapat berjalan-jalan. Padahal tujuan utamanya nak pergi belajo bukan nak berseronok! Zzzzz. Ok diam !




Before malam nak daftar tu sempat lagi pergi night market dekat jb then punya lah rambang mata dan duit poket penuh di kocek *double meaning. Semua tempat nak lalu, semua tempat nak beli. Orang je tak boleh beli. Kehkehkeh. Sempat beli cincing owl yang berharga RM8. Sila cemburu ! Then terpaksa pulang kerana hari sudah embun, embun pun takkan mampu. Eh cerita pasal Encik Embun, ala Shahir AF tuh dah taknak menyanyi dah? OMG sudah balik melarikan diri ke kampung halamanya iaitu di Kampar Perak! That's my hometown ! *Eh cerita ni ade kene mengena dengan tajuk asal ke? NEXT !







Lihatlah penuh tanglung tanglung di atas udara. Eh macam pergi bercuti dekat CHINA pulak. Muahhahaha





Selepas selesai pendaftaran kira-kira pukul 6 petang, pergi makan jap. Makan sotong bakar gerek seyh. Meletoppp nyah. Then dapat idea nak pergi jugak Danga Bay sebab semalam tak sempat pergi. Memang macam orang tak pernah jumpa funfair lah !






Wahhhhhhhhhhhhhh teruja gile naik kuda pusing pusing ni. Aferkebendentah nama dia =,=






Tu dia besar hanggggg






 Tengok.. eksaited belom masuk siap amik gambo lagikkkk






Tengok.... tuan punya belog pun eksaited sama!  -__-






Banyak nya kuda-kuda. Ok chop!! Nak naik dulu !






Gile eksaited. Tangkap gambo dengan menatang belakang ni lagi!






Kongsikongsikongsikongsini ! Eh betol ke? Muahhahah






Udah macam menara KLCC je jadik T__T






Eksaited kal ke sopoloh, gambo dengan menatang besoooo ni =,='






Giliran depan zoo pulak. Eh tiba tiba terjumpa cik SHIHA siap datang dengan boipren pastu sempat interframe dengan kitaorang !





Cuba korang lihat betul-betul, mana munculnye cik SHIHA ni sebenarnya? Sila tengok betul-betul! Hehe






















Opocotttmakhenkauw! Adakah ????? Ouh tidakkkkkkkkkkkkk
 -____-






Sekian sahaja lawatan sambil belajar kita kali ini. Semoga lawatan akan datang selepas 4 tahun nanti *time konvo pulak. Lawatan akan di sponsor oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Tampoi. Sekian Karan Samseng melaporkan.




"Danga Beach"


BYE!










Thursday, August 11, 2011

Registration at UTM ! - Part 1

Hai





Sangaaaaaaaaaaaattttt lah busy sampai tak sempat update, maaf la to all my readers -__-. Sabtu lalu 30haribulan, saya dan teman-teman terpaksa pergi ke UTM Skudai untuk sesi pendaftaran bagi Bachelor untuk kemasukan September ni. Walhal kelas nya di Kuala Lumpur saja, tapi pihak pengurusan nak jugak kami berdaftar satu hari di JB semata-mata untuk pendaftaran. Sungguh KEJAM ! =(





Menaiki kereta dari pukul 6 petang dan akhirnya tiba dalam puku 8.30. Agak laju jugak lah. 300KM weh sakit bontot haku ! So kami bertiga usak usik (bahasa indonesia bermaksud curi tulang) pergi ke Danga Bay! Perghhhh pendaftaran esok pagi pukul 8 pagi tapi sempat lagi. -___-.





Actually tak sempat pergi Danga Bay sebab dah sampai pun pukul 1 pagi. Cuma sempat pergi ke JB Night Market je. -____-






Akibat bercanda pada malam harinya, maka kami pun terlewat bangun untuk pendaftaran. Dengan selambanya kami pergi daftar pukul 9.30 pagi. Wah hebat ! *bajet hebat sangat lah time masuk pintu dewan hamikkkk kauuuuuuuuu beratuq macam nak beli murtabak dekat bazaar ramadhan ! 
-____-.
Tu dia beratur tang belakangggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg sekali nun. Ramai gile. Semua ni pun nak belajar tempat yang sama ke afer ? Alamak nanti belajo tak cukup kerusi duduk bawah lantai macam laksamana do re mi? Adakah ? *Merepek meraban.





Punya pusing pusing beratur tunggu turn lepas tu dah masuk dewan satu lagi *ingatkan dah boleh daftar and balik sambung tidur zzzzzzzzz ! PANGGGGG jangan harap derr kene duduk dekat kerusi bilik macam nak tengok wayang tu, kemudian......






LEPAS SEJAM

















LEPAS 2 JAM











LEPAS 3 JAM






Baru lah kami di layan, untuk sesi pendaftaran ! Gile **(&$%^$%%&()(* tak sistem matik betoi ! Ni adalah kalangan muka muka yang tension tapi sempat berposing di dalam dewan !





Kak intan & kak nadia yang gorjes !




Lepas tu rehat, tapi disebabkan baru je lepas habis daftar dan kene masuk dewan balik, kami cuma sempat makan burger je. Sempat beli depan dewan. Burger yang terasa seperti selipar dimakan dengan sos cili !
 -___-
Masuk dewan balik dan kami dihantar meronda-ronda melawat di dewan kuliah mengikut kos masing-masing. Perghhh naik bas UTM udah macam naik bas balik kampung ! Zzzzz..





Setibanya di dewan tutorial atau kuliah, belambak lah budak budak kos aku, rupanya budak kelas aku jugak, budak batch aku jugak, yang paling tak taham budak sepoliteknik jugak ! Adoi muka tuuuu jugak, Tak berkembang otak mak nyah !







Signature surat tawaran lah konon








Ni best friend a.k.a kembar saya, Shiha nama dia. Kan dah cakap kemana kamu pergi situ aku berada. Lepas ni dah khatam belajar jangan nak kawin dengan laki aku jugakkkk. T__T






Ni lah kanak-kanak eskaited masuk daftar macam nak pergi kem motivasi pulak. Padahei Lecturer duduk bebel depan bincang pasal bende ntah. Aku pun tak focus yang lecturer tu cakap ! Adoi






Gile muka deme lagi ! Ok dah penat. Tukar !





Haa tukar-tukar muncul muka den nak tunjuk kad metrik yang hampehkenapamukadalammetrikkadakujadilainni! Zzzzzz. Sila jangan nak tanya apa-apa kat aku pasal kat metrik tu. Segala persoalan tidak akan dilayan. Terima Kasih muahahhaha.





Macam mana pulak sesi pendaftaran korang pulak? Ke kene pakai baju batik, orientasi sampai seminggu pastu kene buat persembahan dekat pentas satu kumpulan ? Eiuwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww.






OKBAI. Bersambung..

Wednesday, August 10, 2011

WORDLESS WEDNESDAY ! #Fasting








Masa Sahor...





























Masa Office..












*Itu hanya gambaran sahaja ye. Tuan punya belog taklah sehuduh tu -____-




BYE!

Tuesday, August 09, 2011

Berlagaknya dia !

Hai




Semalam belajar kereta pada pagi-pagi buta. ZZzzzzzzz dan pada pagi ni mula mengantok. KrohhhhHHhh. Adoi kerja pun bertimbun-timbun dan harap dapat ke duit raya kali ni dari Bos? Hehe Perbelanjaan mesti di cut cost kan sebab lepas raya je kelas sudah bermula. Sila mimpi wahai COACH, GUESS, NOSE dan seANGKATanya T__T.




Kerja pun baru nak sampai sebulan ditempat baru, wahh rasa gembira di hati. Gembira ke? Teettttt. Gaji pun belom dapat dah berangan-angan nak pakai kereta. OMG. Mampukah daku? *tepuk dada tanyalah selera. Cerita pasal kereta. Memang cadang nak ambil yang kecik-kecik je tapi banyak hasutan yang suruh amik yang besar-besar.





Peah : Dengar cerita kau nak pakai kereta kan? Kereta ape? Kereta HONDA ke? Yelah kau kan KAYA.
Aku : (Hotak kau kaya!) Aku nak ambil kancil ke. Tu je yang termampu..
Peah : Pe kelassssssssssssssss. Tak stylo la beb. Aku pakai ******* je. 
Aku : Je ? Okbai





Ok sekarang jugak aku petik cabai burung mau tonyoh-tonyoh muka kau ! Orang cakap biar bergaya asal sederhana. Banyak komitment kot. Yang penting I know what I'm doing. Betul tak nok?







Ha amikkk kaw. 





Okbai!

Saturday, August 06, 2011

Persiapan ke Universiti

Hai




Lagi sebulan setengah dan dijangka lepas raya, aku akan memasuki alam universiti. OMG barang apa pun tak beli lagi. Baldi, ubat gigi, gayung, selimut, cadar, kotak, almari, sangkut baju, blablabla.....




Eh perlu ke??????? Ouh terlupa. Aku cuma ditawarkan secara separuh masa bukan sepenuh masa nak duduk hostel kejadah semua. Haha...  Ok biasalah undang-undang universiti baju tak boleh ini lah, boleh itu lah. Alamakkkkk macam mana ni? Rambut yang sedia ada pun agak-agak macam teh tarik dah ni. Bila nak buat rambut baru pulakkk. *Dah macam nak persiapan raya pulak. Kehkehkeh.




Hurmmm rambut macam mana ye nak buat ek? Sila bagi idea please!











Macam ini boleh tak?



















Wahh gorjes gila. Boleh tak nak mintak muka macam kilafairy jugak lepas sebulan nanti? -___-. Ok mimpi!




BYEEEEE!

Thursday, August 04, 2011

Bercuti di Danga Bay !

Hai










Ok sila cemburu. Nak tau kenapa saya ke Danga Bay? Nantikannnnnn...