Wednesday, January 26, 2011

bila busy teringat my bubu

ok lama betul tak update bubu ni, hurm busy lak pulak time boss ada, time dye ada nama aku je kena panggil buat kerja ! cameron highland la, gopeng land la, selamat buat payment je, kalau kene buat PDA estimate semua mati aku ! haha i love $$$ . ok isnin tangal 31hb ada test JPJ for my driving licence then rabu gaji mashuk then shoping sampai letih dengan cik shiha then beli cheongsam then beli DSLR then beli blackberry then beli baju konvo then beli NOSE shoe then beli baju then beli ... bla bla banyak betul kena beli nye ! haha gaji habis tang tang tu je, ok perancangan harus ada, kemudian baru boleh dilaksanakan, takut terBOROS suda hehe, time konvo nak  lepak ngan geng lama, sangat seronok sebab boleh tau news mereka yang terbaru
>.<
aktiviti selepas bergaji adalah keluar menghabiskan duit, hehe ouh pegi survey kereta la makcik ! tak decide nak pakai kereta apa, ouh isi upu punya borang, actually prefer kepada PJJ la sebab malas nak study sepenuh masa, buang duit je, padahal experience tak ada kalau baru keluar U berbanding orang keluar dengan PJJ degree holder, sekarang ini orang akan tanya "berapa lama ada pengalaman kerja?"
ha aiyok kepada mereka-mereka yang terhegeh-hegeh nak masuk univesiti semata-mata mengejar masa bagi mendapat segulung ijazah yang tak pasti bernilai pada masa hadapan atau tak ! !
dan aku dah ada vision and mission! susah dulu senang kemudian kan? sekarang nak cuba improve my public speaking then nak try me'lobby' our contractor supaya mendapat job-job yang agak menarik yehaa.. japan tunggu i datang 
=)

Wednesday, January 19, 2011

hari paling happening dan paling menyeronokkan . .

ok lah entry ni lambat sikit di update sebab hal ni berlaku semalam . . ok seperti biasa hari selasa dan khamis budak-budak opis akan melakukan rutin mingguan iaitu bermain badmintan hoye . .(walaupun tak teror cam seha) tapi main la jugak untuk mengisi kekosongan yang ada . . then time office hour dah plan dah nak pergi karoke bersama 'abang qayum' auwwww (saje je highlight abang tu) haha . .plan nak pergi lepas bermain badminton . . so aku pun decide la takmau pakai baju sukan bila main nanti, sebab takkan nak pergi karoke dengan baju sukan kot . . jatuh saham i tau haha . . ok terover pulak . . berbalik dengan cerita tadi, seperti biasa aku listkan nama-nama budak office yang main, iaitu abg hafiz, qayum, zack, bob, farez, azfar, aku, seha sahaja . . alvis tak datang kalau tak dah lama geng ngan dye sebab dye handsome sangat :)
ok saja lah bodek zack suruh dye bawak adik, then time main badminton beregu aku tak ada couple, then tetibe datang sorang budak, hensem la jugak . . ingatkan adik abang hapis, rupanya adik zack awww hansdsomenyeeeee kalah kau zack haha . . ok dah penat main aku saje je duduk tepi tengok diorang main sebab nak simpan tenaga untuk ber'karok' :) 
dah habis main plan punya plan 5 orang je nak pergi 'karok' iaitu aku, seha, qayum, farez dengan zack . . ajak bob tapi taknak. hurm cam tak best la sikit je. dah la booking kat E-BOX ipoh garden RM100++ . . adoi rugi je . then dah sampai muncul pulak si bob dengan azfar, ceh uat propa je deorang ni ! haha. kitaorang siap kutuk seluar tracksuit dye haha. . kesian betul ! ;) ok dah masuk sungguh excited ni sebab dah lama tak menyumbangkan lagu ni :) ok time untuk pilih lagu . . agak malu la mula-mula. . yela sebab qayum yang pay dulu, so kitaorang bayar time gaji la (thanks u memang baik hati sangat) haha ayat bodek. ok farez pilih lagu jiwang yang terkini (boleh la tahan) dan tiba saat qayum nyanyi (wow macam abang jamal abdilah pun ada, abang awie pun ada) hehe mushkil-mushkil, serius sedap giler ! tiba saat aku berduet dengan dye, amboi sedap je pilih lagu key yang tinggi, mampus aku nak menyanyi nye :) but its was so happening ! "tangisan merhanies" kot.. yang tak tahan tiba lagu ala lagu klasik nasional, semua pelik sape lah yang pilih lagu 'ibnor reza' ni hurmm sekali tiba masuk nyanyi rupa nya si encik bob ni ! ! amboi amboi kemain sedap rupanya sore dye, mula-mula pfft kemain taknak ikut, lepas tu mic dye konker sorang ! ayoyo . . budak office ni boleh bukak recording artis la, yang tak tahan tu si azfar siap cakap lagi " bob ko ni masukk raja lawak boleh, AF pun boleh" haha lucu gile . . best la happening, sangat gile la aku membawa perubahan pada budak office ni . . baru keje tiga minggu dah ajak diorang 'karok' lebih sebulan pergi mana ntah aku tak tau haha . . serius u guy's ROCK !
tadi lunch sama lah dengan deorang, plan lepas gaji nak pergi extreme park dekat tambun main gokart pulak, adoi macam macam aktiviti nya, tapi kalo menjadi i akan update entry nye ok :) tunggu saja video nanyian daripada  the "Mokhnar's Artis"hehe



Sunday, January 16, 2011

akademi fantasia yang terakhir?????

ala , takkan kot . . cam tak caye je, tapi cam nak cuba je, nak jugak jadi cam stacy or shahir (orang kampung tuuu) hehe . . manalah tau tuah aku . . tapi sounds like crazy ! ! stakat nak jadi popular je boleh bertahan ke? hehe teringin gak nak sumbangkan bakat yang ada cewah . . hope dapat la mimpi malam ni . . dapat join pon jadilah, bukan nak menang pun, nak popular jeh =)

Monday, January 10, 2011

ouh My DSLR D3100 :)

hopefully impianku tercapai la minggu ini yahooo, menggapai encik nikon ni, dah meleleh air liur aku ni ha hari-hari ngadap internet tengok dye je >.<
please please, i sanggup buat apa saja bila i dapat u 
then handphone telah menunjukkan tanda-tanda yang dye bakal  rosak. poitttt nak suruh aku tukau BB ke? sabar-sabar gaji tak masuk lagi ni, then chinese new year plan nak pergi jalan-jalan ngan cik shiha ni, nak pi mana ek?? (ushar kalender jap)

Wednesday, January 05, 2011

second day . .

Ha . . 2nd day pun dok lepak lepak lagi sebab tengah tunggu job 'mari' hehe lambat betul kontraktor ni buat kerja . . ok then datang ex staff mokhnar iaitu Zohir, senior kitaorang jugak, siap lagi bersembang sambil balik samapi dye tak buat kerja dye, ceh last-last suruh aku buat kerja time nak balik . . mana lah sempat huhu . .
sungguh menarik cerita yang diceritakan, teringat zaman-zaman semester 1 dulu-dulu pergi kem ukur bahan, rupanya Zohir ni Fc kitaorang, dye siap cerita budak laki ade amik video time student pompuan tengah mandi. huyooooo tak sangka heboh then kitaorang langsung tak tau cerita, hari ini baru tau . . ! giler betoi ! !

then dye cakap dye buat side income, siap offer kat kitaorang, huyoooo nih bab aku suka ! paling suka ! ! ! ala office buat kerja then balik mah buat taking off, gile lah juz measure dalam drawing then dapat 5K ! aku pun nak oiiiiii, then skang tengah tunggu job dye bagi sebab next kontraktor tengah panggil dye . . dalam next week mungkin job start, huyooooo (berapa kali huyoo da) . . haha malam tadi siap bermimpi mimpi dengan seha nak pakai a new car cewahhhhh nak beli rumah kat ipoh, then bos offer beli rumah kat sarawak (ate gile ke bile la teman nak balik sarawak lagi) hahah . .
serius aku dapat job then aku offer junior-junior aku buat, then aku dapat nama huwah huwah . . opss terlebey suda . . ok dapat la beli encik D90 yahoooo awal bulan 2 ni mak adopt ekau ye, sabar ye nak haha sayang encik D90 :)
hujung minggu sambung lesen, adoii cepat cepat kene belajar ni sebab nak tarikh luput dah lesen aku niii ;0

Monday, January 03, 2011

1st day keje . .

well hari ini my 1st kerja, bersama sama my twin cik shiha a.k.a cik leha haha gile mula mula datang takot sangat-sangat sebab takut nanti mula-mula dah kena bagi task and project beso-beso, padahal siap main COUNTER STRIKE ah ooooo,, meriah gile opis, thanks to Farez, Zaquan, and Afzan. Haha aku jadik terrorist geng dengan seha, tapi seha bengong pegi tembak aku, Haiya.. aku tembak dye balik muhahah GanGgggggg. . mati kau aku tembak ! ! (aku main tipu sebab main nyorok-nyorok) ;)
selamat full day ade seha jadi tak kekok sangat, tapi sangat seronok bila mendapat staff yang Gile gile. .
weh aku terkezut sebab harith ajak aku lepak lagi, siap bagi no hp lagi wawawa awww..