Tuesday, July 26, 2011

Tiket Free Malaysia Lawan Singapore

Hai




Selepas kecundang tipis kepada Singapore beberapa hari yang lepas, kini tiba masanya kita membalas dendam pulak *main bunuh-bunuh ke? Teheee




Perlawanan seterusnya di Stadium Bukit Jalil pada Khamis 28hb Julai 2011, dan tiket telah mula dijual hari ini. So mari pakat ramai-ramai lah kita support our local team !





NANTIKAN HARIMAU LAWAN SINGA KHAMIS NI !!








*credit to Fahmi Aziz's Facebook





BYE!

p/s : Tengah kumpul orang nak pergi ni, Sape nak ikottttttttttttttttttt ??


Saturday, July 23, 2011

Nak tau ke AMBIGA tu siapa ?

Hai.









Tiba-tiba nak masuk politik pulakkkk. *korang jangan salah sangka okieh. Ni aku terbaca dekat facebook pasal TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC. Nak tau tak tuntutan apa???? Dia mintak.....



1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.









LU PIKIR LAH SENDIRIIII...





BYE!

Wednesday, July 20, 2011

Aku di WARNING!

Hai.












Maaf la lama betul tak update. Tengah sesangat busy dengan tempat kerja baru. Biasalah baru masuk kerja mesti lah pura-pura rajin. Haha. Walaupun busy tapi rasa sangat seronokkkkkk dengan environment baru kat office, layanan, kerja dan sebagainya. So tak lah rasa tension sangat. Ok suka!




Semenjak dua menjak ni macam tak ada idea nak update apa-apa, lagi pun my DSLR tinggal lagi kat rumah Ipoh so kene balik jugak minggu ni sebab nak settle pasal surat UTM dan barang-barang.




Wahhhhh 30hb ni kene pegi daftar dekat UTM skudai. Datang jb semata-mata daftar untuk sehari je? Memang UTM suka menghabiskan duit pelajar kan kan kan? Yuran pun 2K! Ok hebat. Sila bunuh diri sekarang.




Mulai hari ini. NO SHOPPING. NO OUTING. NO NEW PHONE *eh ni tak janji tau hakhakhak.








OKBAI
Miss u all ^______^


Wednesday, July 13, 2011

WORDLESS WEDNESDAY ! #Dessert

Hai.




ABC yang paling termahal pernah aku makan adalah..





























*RM5.00
Semua ada, buah tembikai, buah tembikai sus, buah anggur,, buah betik, buah-buahan tempat dan semua lah! 





HANYA DI SAMEER. =)



BYE!
p/s : Rating : *** Bintang je, sebab air gula tak rasa pun. Hurmmm

Monday, July 11, 2011

Keputusan bagi kemasukan Ijazah Sarjana Muda.

Hai.




Hari ni mesti ramai orang ternanti-nanti keputusan bagi kemasukan Ijazah Sarjana Muda bagi Universiti Teknologi Malaysia. Sila layari UTM SPACE untuk maklumat lanjut.




*sila klik untuk tumbesaran.







DAN SAYA DAPAT!




Syukur Alhamdulillah.







BYE!
*My best friend, seha pun dapat. Kan dah cakap, kami tak boleh dipisahkan. ^_^

Gempakkkkk lagu English terbaru dari Siti Nurhaliza!

Siti menyanyikan lagu Inggerisnya yang terbaru "Falling in Love" yang dinyanyikan sewaktu malam gala di uitm baru-baru ini. Hebakkkk jugak dia nyanyi lagi Inggerisnya. ^____^




Jum kita tonton si cantik manis... SITI NURHALIZA










BYE!

Kawan sejati ATAU kerjaya ?

Hai.




Hurm terpikir nak tulis pasal ni, antara kawan atau kerjaya? Mesti kompius kan? Yelah sekarang susah nak cari kawan sejati. Semua tikam dari belakang je. Yang ada pun suka propa je depan uolllz kan? Kerjaya sekarang amat penting. Itu yang boleh menjamin masa depan kita. 




So mana penting, kawan sejati atau kerjaya? Aku ada terbaca satu status budak ni. Pasal dia meluahkan isi hati dia yang tak puas hati kat sape ntah. Siap cakap yang comment dan like status dia je mesti kawan sejati dia. Siap cakap lagi nak tergelak pun ada...




Afeeeeerrrr ni? Aku tak paham eh. Perlu ke nak mention semua tu. Bagi aku lah kawan sejati pun tak boleh nak bawak kemana? Asik berkepit dengan kawan sejati anda tu pun bukan boleh menjamin kehidupan kamu nanti. Ye dak?




Dia nanti bagi kamu makan anak bini kau ke? Dia tolong bayarkan sewa rumah kau ke? Dia tolong buat kerja kau ke? Wahhh kalau camtu sekarang jugak aku taknak kerja. Pergi cari kawan sejati yang boleh menjamin aku di masa hadapan. *Maaf saya bukan lesbian. Kahkahkah.




Mission aku seterusnya untuk hidup berdikari tanpa bantuan sesiapa. Kerjaya aku adalah usaha aku sendiri.
^__^.




SEKIAN TERIMA KASIH!




OKBAI.






*Yang ni memang kawan sejati dunia akhirat aku. Kami dah macam kembar dah. Kemana je pergi ramai orang tegur kami adik beradik. Setelah sekian lama kami berkongsi katil, kongsi bilik, kongsi makan, kongsi bilik air, kongsi berak, kongsi baju, kongsi duit, tapii kongsi laki je belom hahaha. Berpisah dengannya buat seketika ada terasa sesuatu yang lain. -____- Missss youuuuuu maktemah sehaaaa..
(Maap lah masukkan picture kamu yang gonjeng ni)

Sunday, July 10, 2011

Ade orang boikot aku!

Hai.




TIba-tiba baru perasan dalam kesibukan di ibu kota dengan BERSIH, tetapi ada jugak yang kurang. Nak tau ape? Follower berkurang sebanyak 49 orang. I dont know why. Lepas tu check stats semalam cuma 28 orang je view. Ouhh ini bunyi macam kene sabotaj pulak. Comment pun tak ada masuk. Selalu after post some entry mesti ada orang walaupun satu. Hurmm dunia-dunia..





Walau apa pun AKU SUKA BERBLOGGING!
=,="








BYE!
p/s : Nak check follower dekat dashboard pun tak boleh. Acu kabo Acu kabo!

Saturday, July 09, 2011

Rozita Che Wan di Kelantan!

Hai.




Rindu pulak zaman-zaman masa di poli kat kelantan. Macam-macam dah lalui dengan keseronokkan kawan-kawan terutama my junior "Atheena". Rindu dia sangat-sangat.








Jodoh kita memang selalu dekat kan? Sebab sekarang saya bekerja di KL pulak. Yeay boleh lepak sama-sama lagi. Miss you damn much. Walaupun dua minggu lepas baru jumpa hehe. =)




BYE!

CONTEST!!!

Hai.




Berani untuk mencabar pencarian harta karun Online Xplorasi Klik Berita Harian?



Ini adalah anjuran berita harian dengan mengadakan Exsplorace secara online dan reality! Cuma perlu mendaftar dalam online dan simple!











Anda boleh pilih antara ingin memasuki contest ONLINE atau REALITI. Mudah je kan? Nak masuk dua-dua pun boleh... Mana tau rezaki korang. Dapat menang
  RM 10,000.00!!!




Saya dah daftar. Anda bila lagi? ^__^
Untuk maklumat lanjut sila ke BERITA HARIAN untuk sesi pendaftaran.





BYE!
Mood : Tak boleh keluar rumah gara-gara bersih. Pfffttttt dah jadi bandar mati kat KL ni!

Thursday, July 07, 2011

Walau Vietnam gaji besar namun Malaysia tetap dihati

Hai




Kecoh benor aku dapat kerja kat Vietnam! Adoi bukan dapat lagi cuma dalam ENTRY yang lepas, aku cuba memberi gambaran kalau menerima kerja disana. 




Camno lah nak kerja sana, resume pun belum hantar lagiiii.. Tskk -____-.




Tetapi mulai Isnin depan, disinilah bermula karier terbaru ku... Alhamdulillah. Orang cakap rezeki ada dimana-mana ye tak? ^__^







*Bukan bermaksud aku kena bekerja dengan KTM nanti, tapi akan bekerja di kawasan Bangi
^__^





Okbai




p/s: Babai ipoh, nanti mesti rindu Jusco ngan Ipoh Parade pastu nak makan Tomyam Kung bersama Shiha Jaffar lagi. Jalan Ipoh pun tak habis jelajah lagi dapat kerja kat KL pulak. Tskkk selamat tinggal.. 
(Macam dah tak balik-balik pulak bunyinye) Wuuuuuu~~~~

Perkahwinan aku yang ditunggu-tunggu

Hai.




Pada sabtu yang lepas bersamaan 2hb Julai 2011, seorang lagi 'classmate' sekolah menengah aku dulu dah bertemu jodohnya. *Dah tua dah aku rasa, tak jumpe jodoh lagi! Tsk.. 




So ramai lah berpakat-pakat nak jumpa kawan-kawan lama. Betul semenjak belajar dan bekerja ni, lama betul tak jumpa walaupun berselisih pandangan. Ecececeh. Dah dekat 5 tahun setengah dah. Kira wedding yang ni, kawan sekelas yang rapat la. Yang lain tu ada yang dah anak dua. Kawin cerai kawin cerai. Macam-macam la. 




Alhamdullilah jodohnya bukan jauh sangat, selang beberapa rumah je. Dengan katanya satu kampung jugak. *Senang nak balik raya nanti kan.







Selamat Pengantin Baru Zulaika. Semoga berkekalan ke akhir hayat. =)






*Si cantik manis ni dah makeup dah macam fauziah gous pulakkk.






*Seronok tengok kawan-kawan dah kawin. Terasa tercabar pulak diri ni tak kawin-kawin lagi.Ouhhhhh tidakkkkkk
 -________-







*Carta aliran senyuman darlie. Dari kanan senyum malu. Tengah senyum bahagia. Kiri senyum tak sabar nak kawen. Kahkahkah.















Ate ghuper (rupa) camni ade gaye kawen awei (awal) ke?? Cecite Cecite

















*Posing depan meja pengantin, ingatkan dapat la rembat sekor dua udang galah. Nampaknya harammm.. Tsk..





BYE!
p/s : Aim dalam 3 bulan lagi aku akan grab wahai MYVI lagi best ooooo, lagi best auuuuwww. (Sila nyanyi macam dalam iklan)

WORDLESS WEDNESDAY ! #Lunch!

Hai.




Maap terlambat update pulak. Patotnya semalam rabunye hadoiiiiiiiiii. Teheee. Tanpa melengahkan masa lagi...




 Memperkenalkan menu masakan tengahari. 
(Semalam punya derr)
"HOMEMADE"




Jeng..jeng..jeng.























 "Black-paper Chicken Chop"




BYE!
p/s : Cuma semudah ABC. Nak tau resipi nya? Tunggu kan review minggu depan. Hehe (Macam Chef Wan pulak)



Terima kasih daun keladi!

Hai.




Selang sehari baru dapat update ouhh tidakkkkkkk. Bukak je blog tiba-tiba tengok ada 50 Follower. Wahh terima kasih anda walaupun baru 50 tapi amat bermakna bagiku. Ececehceh




Ni lah Follower yang ke 50.











BYE!
p/s: Tak sabo teman nak keje kat kolumpo ni. Aje nye ye betoi Tehee =)

Tuesday, July 05, 2011

GIG di ICity Shah Alam!

Hai.




Moh la kite ramai-ramai tengok konsert artis-artis yang hot pada 9 dan 10 July ni!
Antara band-band yang akan membuat persembahan adalah Pesawat, Project Pistol, Hujan, Wings, The Azenders, Azlan And The Typewriter, Awanband, Drama dan Awi Rafael. And also Wings!!




Masuk adalah PERCUMAA!!!!! Apa tunggu lagi giggers, nak jumpe abang hot hot dan macho macho moh la kita jumpa disanaaa..








Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com





BYE!




Monday, July 04, 2011

Ye aku mungkin akan posting keluar negara.

Hai.




Bertemu lagi kita dalammmmmmmm *eh macam rancangan tv pulak kehkehkeh. Ok maaf la lama tak update. Sesangat bz sekarang. Ye saya sekarang penganggur bertauliah -___-. Eh dah penganggur pulak. Cukup 6 bulan bekerja. Saya berenti setakat ni sahaja. Takde rezeki lah katakan. *bunyi muzik winter sonata.




TETAPI!!




Rezeki aku bukan setakat hari ni je. Rupanya banyak lagi diluar sana. Huyooooo. Aku dapat offer keluar negara pulak. Betul  tak tipu. Bukan calang-calang tempat okeih! (Berangan macam duduk kat LONDON jap) Tehee.




Sebab member aku dah kene posting this week. Dan beria-ia dia suruh isi nye... OMGG. Company tuh adalah syarikat permotoran terbesar. Dan tengah buat construction dekat luar negara tu. Hurmm mintak izin mak, tapi dia cakap "Takde keje ke kat luar negara sampai nak keje sane?". Ok terkesima lah jawabnya. 




Sebenarnya kerja dekat luar negara adalah satu bonus dekat kita. Disamping tambahkan pengalaman. Sebab construction dekat Malaysia sangat berbeza dekat luar negara. Mesti korang nak tau aku posting kemana kan kan kan? Yang sebenarnya aku mingkin akan posting dekatttt....



























VIETNAM JE. Tehee. 




Mesti korang akan pikir aku kerja camni kan?



















Atau yang paling sadis camni kan?



















HELLO GIRLS! Cantik sikit koranggg. Taklah daif sangatttt.
 -_______-





Yang ni benornyeee...






*Bukan buruh binaan ok. 





Yang sebenarnya camni...





Ala-ala cerita slot cerekarama sambil pegang plan pastu cerita pasal bisnes berjuta-juta
*Jangan bayangkan aku seorang lelaki tua diatas ye -__-




JELAS???





Jadilah. kau hadooooooo????? 







BYE!


*Tengah berangan dekat vietnam sambil hantar kad ucapan raya dekat family melalui berita harian. Wuuuuuu~~~~ -____-