Saturday, June 11, 2011

Rambut gaya retis

Hai.
Semua mimpikan impikan rambut yang lembut, lurus, cantik dan sebagainya. Sesetengah orang tak perlu pakai shampoo yang berjenama atau mahal, tapi rambutnya memang cantik seperti bidadari * Ok ini aku tambah sendiri -__-




Bagi aku tak kesah nak cuba pelbagai rangkaian jenama tetapi yang penting rambut tidak akan berkelemumur setelah bershampoo. Tetapi setelah mencuba masih sama. Rambut tidak juga menjadi seperti model di iklan, di majalah! Nak pergi buat treatment di saloon memang membazir. Untuk sekali sahaja takpe, tapi jangan la selang beberapa hari. Tokey balak pun botak !




Rambut aku tak seperti manusia orang lain. Nampak lurus dan lembut tetapi teramatlah kusut! Dan suka meninggalkan jejak kemana saja aku pergi. Dengan kata lainnya. RAMBUT GUGUR ! OMG !










Rasa macam nak botak dah rambut ni. Sebab tu aku suka shampoo kadang-kadang seminggu dua kali sahaja. "Eh tak busuk ke rambut kau kalau cuci seminggu sekali je ? Eiuwww.."




Hey bedah. Rambut aku, aku punye pasal lah ! Hanya tuan empunya tahu keadaan rambut dia macam mana. Kalau busuk mestilah office staff aku dah tegur. TENUK!




Ok sila jangan bergadoh ye anak-anak. -__-. Rambut semulajadi kadang kala tidak secantik rambut yang diidamkan. Dengan menvariasikan rambut itu, maka bertambah cantiklah mahkota di kepala anda ! Ececeh.. Aku menvariasikan dengan mewarna cokelat karat blonde supaya rambut bertambah volume sikit. Ate rambut aku ni lembut sangat, macam nampak nipis je. I Dun Like !










Kemudian sanggup simpan panjang-panjang sebab teringin nak buat rambut macam Vanessa Hudgens yang curl besar ala-ala semulajadi tu. Tapi tak menjadi pun T____________T. Menciiiii . . Tapi hakikat sebenarnya disini, rambut aku semakin panjang, semakin kusut dan semakin susah untuk dijagai. Haish bape banyak semakin la der.. Dan semakin banyak jugak lah rambut gugur apabila semakin banyak kali kita mencucinya!! Hurm bagaimana cara nak mengelakkannya ?




1. Cuba basuh rambut apabila diperlukan sahaja. Maksudnya membasuh jika rasa rambut berbau dan ada kelemumur cuba menginap di atas kepala anda.




2. Cuci rambut dengan menggunakan air suam *Kalau rumah tuh tak ade hot shower pakai air kolah je boleh. Tapi mesti cuci rambut pada malam hari. Tidak digalakkan mencuci pada siang hari.




3. Selepas cuci jangan gosokkan rambut menggunakan tuala. Ini menyebabkan rambut menjadi semakinnnn rosakkkk dan semakinnnnn gugur. -____-




4. Kemudian se elok-eloknya biarkan ia kering dengan secara semulajadi *tanpa bantuan hair dryer atau proses kondensasi. Ok kelakar !




5. Apabila lambut masih lembap dan masih basah lagi, sapukan serum bagi menambahkan vitamin pada rambut itu. Saya guna dove je. Hasil nya amat memuaskan. Cubalah ! (=






6. Kemudian boleh tidur dengan aman tanpa ganguan. Krohhh.. Krohhh..




7. Bangun anda akan sentiasa berseri-seri dengan adanya rambut yang lembut dan sihat sepanjang masa. Yeay!






PETUA INI KHAS UNTUK RAMBUT SEPERTI SAYA. SEKIAN TERIMA KASIH =)








BYE!

No comments:

Post a Comment