Kasut adalah penting dalam hidup seharian. Tanpa kasut kita tak boleh berjalan. Kaki akan sakit juga kalau kita salah memilih kasut yang sesuai. Ececeh. Tapi bagi aku, kasut apa-apa pun boleh yang penting selesa dan senang bergerak. Dan yang paling penting ialah mempunyai heels yang tinggi kerana diriku memiliki ketinggian yang comel *ayat selamat. Dengan kata lain ialah kurang ketinggian. Dan ayat kasar adalah PENDEK! Cis..
Aku ada juga koleksi kasut-kasut stiletto yang tinggi 4 inci tapi sebab selesa aku hanya membuat koleksi almari je hehe. Dan ada juga aku sedekahkan kepada junior aku. Sebab waktu belajar bajet nak hot-hot la konon. Lastly terkehel kat depan orang ramai. Wehhhhhhhh malu kottttttttt. Depan mamat-mamat hensem dan hot pulak . Ok stop aku takkan pakai stiletto lagi !
Akibat perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu, aku beralih minat terhadap wedges sebab walaupun mencapai ketinggian yang aku nak, ia juga selesa dipakai dan takkan mengalami kemaluan yang teramat sangat. *bahasa urdu dah keluar ni..
Nak cakap brand pilihan. Hurmm kalau setakat NOSE dan VINCCI semua orang tau kot. Ok lah sebab tak mampu nak pakai mahal-mahal. Sayang lah beli beratus-ratus tapi pakai dekat kaki pijak TAIK jugak kan ? Beli yang berpatutan sahaja. Lagi satu jenama yang aku suka dan selesa iaitu VOIR. Sebab dia AFFORDABLE dan ELEGANT ececeh.
Ni lah koleksi kasut yang ada. Tak la banyak sangat tapi what ever it is, kasut terompah juga tetap menjadi pojaan hatiku.
-__-
-__-
Siap hilang lagi baru pakai 2 minggu kene kebas time pergi kenduri rumah orang kawen, Tapi aku decide pergi beli jugak kasut yang sama! Warna yang sama! Tak kira! Teheee..
Nasihat saya : Berbelanjalah mengikut keperluan anda. Yang penting SILA JANGAN MALUKAN DIRI SENDIRI SEPERTI SAYA. HAHA
BYE!
kecik too comel Ok..hehe...xperlu nk nmpk tggi... sbb org yg comel.... klo tggi..die da xnmpk da comel yer kt ctoo~~ aper2 pUn.. gud luck!!... (~_^)Y
ReplyDeletewahhh thanks for the advise .. lebih bersemangat kali ni hehe =)
ReplyDeletekite sama...pendek.. hehehe.. tp comel apa..
ReplyDelete